HUKUM NUN MATI ATAU TANWIN



Gambar rajah Hukum Nun Mati atau Tanwin



Hukum Nun Mati atau Tanwin ada 5, iaitu:

1.      Izhar Halqi ialah Menjelaskan bunyi nun mati atau tanwin apabila bertemu dengan hurufnya yang enam iaitu ا ه ح خ ع غ  cara baca dengan tidak dengung. Contohnya:


Contoh Izhar Halqi
Surah al-Fatihah


Contoh Izhar Halqi
Surah al-Baqarah


2.      Iqlab ialah Menukarkan bunyi nun mati atau tanwin kepada bunyi mim apabila bertemu dengan hurufnya yang satu iaitu ب cara baca dengan dengung. Contohnya:


Contoh Iqlab
 Surah al-Baqarah


Contoh Iqlab
Surah al-Baqarah


3.      Ikhfa’ Haqiqi ialah Menyamarkan atau Menyembunyikan bunyi nun mati atau tanwin apabila bertemu dengan hurufnya yang lima belas iaitu ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك cara baca dengan dengung. Contohnya:


Contoh Ikhfa' Haqiqi
Surah al-Baqarah


Contoh Ikhfa' Haqiqi
Surah al-Baqarah


4.      Idgham Bighunnah atau Ma’al Ghunnah ialah Memasukkan bunyi nun mati atau tanwin dengan berdengung apabila bertemu dengan hurufnya yang empat iaitu ي و م ن . Contohnya:


Contoh Idgham Bighunnah
Surah al-Baqarah


Contoh Idgham Bighunnah
Surah al-Baqarah


5.      Idgham Bilaghunnah ialah Memasukkan bunyi nun mati atau tanwin dengan tidak berdengung apabila bertemu dengan hurufnya yang dua iaitu ر ل . Contohnya:


Contoh Idgham Bilaghunnah
 Surah al-Baqarah


Contoh Idgham Bilaghunnah
Surah al-Baqarah



PENGECUALIAN 

Izhar Wajib (Jelas dan tiada dengung)

-     دُنْيَا
-     صِنْوَانٌ
-     قِنْوَانٌ
-     بُنْيَانٌ

Contoh Izhar Wajib
Surah al-Baqarah


Mudah-mudahan bermanfaat
Aamiin ya Allah ya Rabbal 'aalamiin.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

QALQALAH

TANDA PANJANG